AlFatihah.. Selepas Kehilangan Anak, Bapa Bazli UNIC Pula Meninggal Dunia…

Anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan baru sahaja kehilangan bapanya, Che Osman Mat Isa yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 63 tahun meninggal dunia di Hospital Shah Alam selepas dimasukkan ke hospital selama sehari.

Menurut Bazli, jenazah bapanya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh bersebelahan kubur anak lelaki Bazli, Muhammad Syahid.

Sebelum ini, Bazli kehilangan anak lelakinya yang menghembuskan nafas terakhir pada Jun lalu akibat kanser limfoma.

 

Astro Gempak mengucapkan salam takziah kepada Bazli dan seluruh anggota keluarganya.

 

Sumber: Sinar Harian

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*