Rehat lah dengan tenang sayang.. 17jam isteri bertarung nyawa akhir nya pergi jua (6 Gambar)

Rehat lah dengan tenang sayang.. 17jam isteri bertarung nyawa akhir nya pergi jua (6 Gambar) – Marang : Kehilangan insan tersayang dalam hidup amat lah perit namun ini lah hakikat yang terpaksa diterima oleh suami ini 17 jam isteri nya bertarung nyawa parah kemalangan akhir nya dia pergi jua.

Malim Muhamad  terpaksa menerima hakikat selepas lebih kurang 17 jam bertarung nyawa, isterinya  yang kritikal akibat kemalangan di Kilometer 27, Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang di sini meninggal dunia, semalam.

Jamilah Abdul Rahman, 35, yang merupakan seorang surirumah dan berkerja sendiri sebagai tukang jahit beralamat dari Serada, Kuala Terengganu, meninggal dunia kira-kira jam 8.51 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4.10 petang pada Rabu lalu, mangsa memandu kereta jenis Perodua Kelisa tanpa penumpang dalam perjalanan dari arah Kuala Berang menuju ke arah Kuala Terengganu.

Bagaimanapun sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke HSNZ Kuala Terengganu namun dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kira kira jam 8.15 pagi selepas bertarung nyawa lebih kurang 17 jam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan berkata, jenazah telah dituntut untuk urusan pengebumian.

Semoga suami ini tabah dengan dugaan apa yang berlaku dan roh arwah isterinya tenang disana bersama insan-insan yang diredhai yang maha esa, tiada lagi insan bergelar isteri dan ibu kepada anak disisi. Al fatihah. – beritasa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*