Sudah Hampir Sedekad, Tapi Mann Masih Malar Segar di Hati Pencinta Filem Hindi Malaysia dan Ini Trivia Best Tentangnya!

Filem Mann menjadi antara filem Bollywood yang cukup sinonim dengan pencinta filem Bollywood di negara ini suatu ketika dahulu. Mungkin atas faktor jalan cerita dan elemen drama yang disajikan menerusi filem ini menjadikan Mann antara filem Hindi yang kekal segar dan diminati sehingga ke hari ini. Ikuti apa tirvia menarik mengenainya!

Filem arahan Indra Kumar yang diterbitkan pada tahun 1999 ini turut didukung pelakon lain seperti Sharmila Tagore, Neeraj Rova dan ramai lagi. Tahukah anda, selain Mann, antara filem arahan Indra yang turut mendapat tempat di Malaysia ialah Raja dan Ishq yang ditayangkan pada tahun 1997.

Khabarnya, peranan Priya yang dimainkan aktres Manisha Koirala turut ditawarkan kepada bintang baru, Aishwarya Rai yang ketika itu mendapat perhatian ramai selepas menjuarai pertandingan Ratu Cantik Dunia pada tahun 1994.

 

Anil Kapoor turut terlibat sebagai penampilan istimewa di dalam filem ini merupakan kerjasama pertamanya bersama Aamir Khan di dalam sesebuah filem.

Difahamkan, ada di antara babak di dalam Mann telah diinspirasikan daripada filem klasik romantik Hollywood, An Affair to Remember yang diterbitkan pada tahun 1957 lalu.

 

Selain Aishwarya, dua nama lain yang dikatakan turut menjadi pilihan produksi untuk melakonkan watak Priya ialah Nandita Das dan Tabu. Namun, pemilihan Tabu ditolak awal kerana aktres tersebut lebih tinggi dari heronya, Aamir Khan.

Sementara itu, Aamir Khan di dalam sebuah temu bual bersama media tempatan mengakui, dia bersetuju untuk terlibat di dalam Mann sebagai mengenang jalinan persahabatannya dengan pengarah filem tersebut, Indra Kumar.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*