Ucapan Romantis Gigi Hadid Untuk Ulangtahun Ke-25 Zayn Malik!

Selamat hari lahir, Zayn Malik!

Bintang pop merayakan ulangtahun ke-25 pada hari Jumaat lepas dan mendapat penghormatan dari teman wanitanya, Gigi Hadid. Zayn dan model berusia 22 tahun itu sudah bercinta selama lebih dari dua tahun.

“Saya sayangkan dia lebih dari kata-kata, dan dia menjadi ilham kepada saya menjadi lebih baik setiap hari. Selamat hari lahir @zayn yang ke-25! Saya bangga berada di sisi awak- Hadid”

Khabar angin mengatakan Hadid dan Malik mula bercinta pada November 2015, Hadid dilihat meninggalkan majlis American Music Awards bersama Malik dan khabar angin ini semakin berleluasa selepas Malik menampilkan Hadid dalam muzik video beliau Pillowtalk. Penampilan mereka berdua untuk kali pertama ketika majlis Met Gala yang diadakan pada tahun 2016 lalu.

 

sumber Hangat. com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*