Aksi Menggoda Seekor Kanggaru Menghalang Pintu Masuk Tandas Awam Di Perth Menarik Perhatian Pengunjung..

Seorang pelancong geli hati apabila dia dihalang oleh seekor kanggaru daripada menggunakan tandas awam di Taman Negara John Forrest dekat Perth, Australia dengan aksi pose yang menggodakan.

“Saya tidak mempercayainya dan berfikir perkara seperti ini hanya berlaku di Australila.”

Sandrina bersama rakannya Viktor Simonic menghabiskan masa selama 2 minggu untuk meneroka tempat-tempat menarik di Australia menganggap, gambar aksi kanggaru yang diambil itu tidak ternilai untuk ditunjukkan kepada ahli keluarga mereka nanti serta beberapa cabaran yang mereka hadapi sepanjang berada di sana.

“Aksinya sangat lucu, saya tidak boleh berhenti ketawa melihat gelagatnya.”

“Ia betul-betul ditengah tandas dan menyekat pintu masuk. Saya tidak berani untuk mengganggunya.”

Menurut Sandrina, Australia merupakan sebuah negara yang indah dengan cuaca yang sempurna dan berfikir untuk tinggal di sana jika diizinkan.

“Saya suka semua haiwan disini dan seronok mengambil gambar haiwan-haiwan merbahaya untuk dijadikan tatapan keluarga saya di rumah.”

Kejadian lain yang melibatkan kanggaru adalah apabila seorang lelaki, Jackson Vincent terkejut ternampak seekor kanggaru ‘sado’ dengan bentuk badan yang berotot sedang mandi di sungai Margaret River, Perth.

Siakapkeli.my

Sumber: Daily Mail

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*