Anak Kucing Comel Ini Tidak Berhenti-henti Mencium Selepas Lelaki Ini Menyelamatkannya

Pada suatu hari, seorang lelaki bernama Viitor Fonseca telah keluar berjalan-jalan dengan mengayuh basikalnya. Semasa dalam perjalanan, dia telah ternampak seekor anak kucing comel yang kelihatan dalam keadaan yang agak terdesak dan menyedihkan.

Dia pun berhenti mengayuh basikalnya dan melihat anak kucing tersebut. Melihat daripada keadaannya, Fonseca sedar bahawa kucing itu kemungkinan besar tidak dapat bertahan lama untuk terus hidup dan membesar.

Merasa kesian dan tak sanggup membiarkan anak kucing itu bersendirian, Fonseca pun mengambil keputusan untuk membawa anak kucing itu bersamanya.

Tapi, timbul pula satu lagi masalah disebabkan dia berbasikal dan basikalnya tidak mempunyai raga, dia tidak tahu mana tempat untuk meltakkan anak kucing tersebut.

Selepas berfikir sekejap, Fonseca pun memutuskan untuk menyelitkan anak kucing tersebut di dalam jersinya.Kemudiannya sesuatu berlaku, dimana anak kucing itu kelihatan agak selesa berada dalam dakapannya dan tidak cuba untuk melepaskan diri. [allheboh.com] Malah yang agak mengejutkan, anak kucing itu mencium Fonseca tidak berhenti-henti sepanjang perjalanan mereka menuju ke rumah.

 

“Menyelamatkan satu nyawa hari ini,” Viitor berkongsi status di Facebook. “Mujur ia menyukai saya dan tidak pun mencakar saya.” Tambahnya lagi, “ Apa yang ia lakukan hanya bermain-main.”

Selepas itu, Viitor Fonseca yang juga penunggag basikal di Brazil telah membela anak kucing tersebut di dalam rumahnya.

Sumber selendangbiru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*