10 Sebab Lelaki Lebih Tertarik Pada Perempuan Yang Tidak Kuat Cemburu Dan Jenis Memahami

Perlulah diketahui, jangan ambil remeh apabila ditinggalkan kekasih sehingga anda menyalahkan takdir pula. Ada beberapa tips agar mudah memikat lelaki idaman anda.

Bukan mudah hendak memikat orang yang kita idamkan sehingga tidur tak lena, mandi tak basah, makan terlajak kenyang sampai perut buncit tanpa sempadan itu cara membinasakan diri sendiri.

1. Lelaki tertarik pada wanita yang cantik

Jika seseorang itu rasa cantik dalam dirinya, dia akan kelihatan cantik kerana kecantikan itu bukan sahaja bersifat fizikal namun subjektif. Bersiaplah selalu agar tampil cantik dan jelita sepanjang masa, cukup sekadar ejuk mata memandang.

Ilustrasi

2. Sifat keanak-anakan

Percayalah bahawa wanita yang ada sifat keanak-anakan dapat menarik hati orang lelaki, sebabnya sifat lelaki ini hendak menjaga, membela, mengawal, membimbing dan juga melindungi wanita. Tapi ingat jangan terlalu berlebihan nanti nampak macam orang gila.

3. Berakhlak tinggi

Semestinya lelaki mahukan bakal isteri dengan sifat wanita yang berakhlak. Sopan santun, lemah lembut ada sifat-sifat wanita yang kelak bakal menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Ilustrasi

4. Beragama

Tanyalah lelaki di luar sana siapa tidak mahukan wanita yang beragama? Segarang-garang dan sekeras-kerasnya seseorang lelaki itu pasti dia mahukan isterinya beragama.

5. Bijaksana

Bijaksana merupakan salah satu sifat-sifat wanita yang menjadi idaman lelaki. Lumrah orang lelaki sememangnya suka pada wanita cantik yang seksi tapi apabila berkehendak seorang isteri, sebenarnya dia lebih memilih wanita yang bijaksana untuk bersama-sama menelusuri hidup di masa akan datang.

6. Memahami

Lelaki cukup tertarik dengan sifat wanita yang memahami iaitu gerak hati yang kuat, kurang membebel, tak perlu cakap berulang kali dah faham apa yang mahu dilakukan. Pendek kata bijak berdikari.

7. Tidak terlalu cemburu

Jika tak emburu langsung pun tak boleh nanti dia ingat tak sayang pula, biarlah bertempat. Jika terlewat balik rumah atau menjemput anda di tempat kerja. Jangan terus naik angin, tanyakan perihalnya seelok-eloknya.

8. Kuat memberi sokongan

Sokongan anda sebagai seorang teman istimewa dalam hatinya akan cukup bermakna jika anda bijak memberi semangat kepadanya.

Ilustrasi

9. Sejuk mata memandang

Bukan sekadar rupa sahaja ya, ini termasuk perangai, akhlak, pertuturan, dan sebagainya.

10. Kesamaan dan keserasian

Minat yang sama mendorong mereka untuk lebih ingin mendekati seseorang wanita itu. Persamaan ini memudahkan anda berkogsi minat yang sama tidaklah seperti langit dan bumi.