Tahniah! Galeri Johor Bakal Dibangunkan Di Oxford….

GALERI JOHOR BAKAL DIBANGUNKAN DI OXFORD

 

DYMM Sultan dan DYMM Permaisuri Johor berkenan menerima mengadap pemikir Islam Dato’ Dr Afifi al-Akiti di Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini (3 Mac). Dalam pertemuan itu, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan membincangkan pelbagai perkara termasuk mengenai perkembangan dunia Islam dan isu semasa.

Image result for University Oxford

Image result for University Oxford library

Dato’ Dr Afifi juga merupakan Fellow di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.

 

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Dato’ Hj Azmi bin Hj Rohani dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor Dato’ Mohamed Ghazali bin Mohamed Yusoff.

 

Turut dibincangkan adalah cadangan untuk membangunkan sebuah dewan yang akan diberi nama Galeri Johor di universiti berprestij di England, Universiti Oxford.

Walau bagaimanapun, cadangan pembangunan masih diperingkat awal kerana banyak perkara perlu diperhalusi dan dikaji sebelum ia dapat dilaksanakan.

 

Cadangan pembangunan Galeri Johor di Oxford itu secara langsung akan turut menaikkan serta memperkenalkan nama negeri Johor di mata dunia.

 

 

Sumber : IG The Royal Johor