[VIDEO] Lelaki Ini Lumpuh Selepas Main ‘Game’ 20 Jam Tanpa Henti

Seorang peminat permainan video di China baru-baru ini bergegas ke sebuah hospital kerana bermain permainan video tanpa henti selama 20 jam dan dia disahkan lumpuh dari pinggang ke bawah.

Pada awalnya, lelaki yang tidak dikenali itu telah dipelawa teman-temannya untuk menghabiskan sebuah permainan video sebelum dia ditarik keluar dari kafe internet pada petang 28 Januari.

Mangsa yang berasal dari Jiaxing, Wilayah Zhejiang, mula bermain permainan pada petang 27 Januari, menurut media MailOnline.

Lelaki itu cuba bangun untuk pergi ke tandas keesokan harinya namun dia sedar bahawa dia tidak dapat menggerakkan bahagian bawah tubuhnya, menyebabkan kawannya menghubungi ambulans.

Sebuah rakaman saat dia dibantu oleh anggota medik telah dimuat naik di laman video menunjukkan rakan-rakannya yang turut bermain permainan video membantu paramedik dalam mengangkatnya dari kerusinya.

Lelaki itu dilaporkan masih mendapat rawatan di hospital. Di China, ketagihan internet, termasuk permainan dalam talian, dianggap sebagai gangguan klinikal, semakin ramai ibu bapa telah menghantar anak-anak mereka ke kem pemulihan yang mengkhususkan diri dalam membendung ketagihan alam digital.

Sumber Dailymail

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*