HARAP JE MUKA PUTIH TAPI SIKU & LUTUT HITAM? CUBA 5 CARA NATURAL ATASINYA. MUDAH JE RUPANYA!

Eh, macam pernah dengar je statement tu?

Hehe, tapi itulah masalah biasa yang dihadapi oleh masyarakat berketurunan Asia. Bahagian siku dan lutut yang sedikit gelap berbanding kawasan kulit lain di seluruh badan bukanlah bermakna kita mempunyai cela.

Tapi ia berkait rapat dengan proses adaptasi kulit kita kepada cuaca dan kandungan melanin yang lebih tinggi pada kulit berbanding, contohnya, masyarakat Barat.

Namun, ada juga bahagian tertentu pada badan di mana kulit tak seharusnya menjadi terlalu gelap tetapi ia sudah menjadi kebiasaan di kalangan orang Asia. Contoh terbaik adalah pada bahagian lutut dan siku.

Jika ia berlaku pada lelaki, tak ada hal sangat. Namun jika ia terjadi pada perempuan, besar kemungkinan mereka akan menghadapi masalah kurang keyakinan diri.

Jangan risau. Ada cara semulajadi untuk menghilangkan kesan hitam tersebut.

Ini adalah kaedah biasa. Potong buah lemon kepada dua bahagian dan gosokkan ia pada siku dan lutut. Gosok secara perlahan dan biarkan ia 5 ke 10 minit.

Lemon mengandungi vitamin C dan ia dapat memutihkan kawasan hitam dengan menghapuskan sel-sel kulit mati.

Ya, lemon memang mempunyai banyak rahsia! Kali ini, hasilkan skrub dengan mencampurkan baking soda ataupun garam dengan air lemon dan kacau hingga rata.

Kemudian, gosokkan ia pada siku dan lutut. Biarkan sehingga 20 minit sebelum bilas semula dengan air suam.

Seperti buah lemon, buah betik juga mengandungi kandungan vitamin C, vitamin E dan lain-lain kandungan yang dapat mencerahkan kulit korang.

Gosokkan satu potongan kecil buah betik ke siku dan lutut hitam secara konsisten setiap hari.

Okay, buah lemon ni dah menjadi buah favourite kami. Campurkan satu sudu madu dengan air perahan buah lemon. Sapukan pada siku dan lutut serta biarkan sehingga 15 ke 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih

Okay, mungkin produk di pasaran tak mengandungi 100% kandungan organic atau natural. Namun, ada juga kebaikan jika korang selalu meratakannya pada badan.

Salah satu sebab siku dan lutu menjadi hitam adalah kerana kondisi kulit kering. Jadi, apabila memilih produk pelembap kulit, lihat dan pastikan produk mengandungi minyak zaitun.

Sumber : Remaja

ARTIKEL SETERUSNYA DI BAWAH…


<CLICK SINI> Untuk Terus Whatsapp Wakil Dedikasi Kami

ARTIKEL SETERUSNYA…

Tepati Janji, Hafiz Suip Akhirnya Dedah Wajah Anak Selepas Isteri Tamat Tempoh Pantang

 

Alo lo lo… comel sungguh anak penyanyi yang popular menerusi lagu Awan Nano, Hafiz Suip yang akhirnya sudi mendedahkan wajah anak, Muhammad Riyadh Zafri khusus buat tatapan peminat menerusi di laman Instagram (IG). Hafiz, 28, berkongsi wajah anaknya yang kini berusia sebulan 16 hari itu beberapa jam lalu.

“Assalamualaikum, salam subuh dan selamat pagi kepada semua yang saya hormati sekalian.FII AMANILLAH…bersyukur ke hadrat Illahi atas kurnianya cahaya mata saya yang memberi makna dalam kehidupan saya isteri dan sekeluarga.

“Alhamdulillah, pada hari ini tamat sudah pantang isteri saya dan saya ingin berkongsi sedikit kegembiraan yang kami rasai untuk semua,” tulisnya sambil disertai tanda palang #HafizEffy #HafizEffyJR #mybabyRZ #46daysoldtoday #throwbackwhenhewas22daysold #forevermine.

Sebelum ini, penyanyi asal sarawak itu ada memberikan kenyataan belum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya sebagai menghormati budaya keluarga.

“Ramai yang bertanya kenapa tak nak tunjuk muka anak dulu tetapi saya menghormati pantang yang di ajar dari turun temurun,” tulis Hafiz beserta #selagiorgtuamasihadahormatilahmereka dan #sabarituiman.

Hafiz dan pasangannya, Nureffy Jasreel Abdullah bernikah pada 14 Mei 2016 lalu di kediaman pengantin perempuan di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak. Dua bulan sebelum mendirikan rumah tangga, pasangan ini mengikat tali pertunangan terlebih dahulu di salah sebuah hotel terkemuka di Sarawak.

Foto: instagram Hafiz Suip