Aaron Aziz alami penyakit misteri

SHAH ALAM – Pelakon Datuk Aaron Aziz mengakui menghidap penyakit misteri sejak dua tahun lalu namun berjaya merawat penyakit tersebut menggunakan ayat suci al-Quran selepas berjumpa seorang kenalan yang arif dalam hal agama.

Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz berkata, 42, berkata, akibat gangguan tersebut dia mengalami sakit belakang dan ketidakstabilan emosi.

“Sebelum ini ketika aktif berlakon, saya akui banyak lalai dalam hal agama. Apabila sudah sakit baru ingat Tuhan.

“Baru-baru ini, saya bertemu dengan seorang kenalan yang mengajar saya mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran terutama ayat Ruqiyah. Saya tidak mahu kata saya terkena buatan orang namun saya anggap apa yang berlaku sebagai dugaan daripada Allah SWT,” katanya ketika ditemui Kosmo! pada majlis pelancaran kempen Journey To Insyirah bersama jenama kaligrafi, TopKhat di sini.

 

Diminta bercerita lebih lanjut mengenai sakit misteri dialaminya, dia menjelaskan bahawa di awal proses rawatan, ada beberapa kesan sampingan.

“Mungkin ramai tahu saya pernah alami sakit di bahagian belakang beberapa tahun lalu. Selepas mencari rawatan, ia tidak sembuh.

“Bila saya amalkan bacaan ayat Al-Baqarah, saya mula rasa mual. Alhamdulillah, sekarang keadaan saya semakin baik,” katanya.

Selain mengamalkan bacaan ayat Al-Quran, Aaron juga dinasihatkan supaya menurunkan bingkai-bingkai dengan gambar keluarga di rumahnya.

“Menurut kenalan saya itu, kalau dalam rumah digantung gambar-gambar makhluk hidup walaupun anggota keluarga, malaikat takkan masuk.

“Jadi, perkara pertama yang saya lakukan adalah menurunkan gambar-gambar keluarga yang digantung di dalam rumah, katanya.

Terbaru, Aaron hari ini melancarkan kempen Journey to Insyirah dengan kerjasama dengan jenama kaligrafi Islam, TopKhat.

Menerusi pelancaran itu, Aaron dan TopKhat memperkenalkan Aaron Aziz Series Ruqyah Edition dengan lima rekaan berbeza.

20 peratus daripada keuntungan yang dijana daripada penjualan koleksi seni itu akan disalurkan kepada keluarga miskin yang memerlukan.

Sumber:Kosmo , Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*