Azrinaz akhiri zaman janda

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai siapa pasangan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim yang selama ini digosipkan dengan beberapa individu terjawab selepas diijabkabulkan pada 1 Mei lalu.

Bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu selamat bernikah dengan Fairos Khan Abdul Hamid, sahabat yang dikenalinya sejak 20 tahun lalu sebelum menjalinkan hubungan rapat setahun lalu.

“Setelah mengenali hati budi, pasangan bujang bernama Fairos Khan Abdul Hamid menjadi ‘mangsa’.

“Beliau yang memahami rentak kehidupan dan kehendak saya berlatarbelakangkan TV penyiaran sebagai pekerjaan,” katanya di laman sosial Instagramnya pada Jumaat malam.

Majlis pernikahan diadakan secara tertutup di kediaman pengantin perempuan dan dihadiri keluarga terdekat.

Pasangan itu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jawi Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim berwalikan bapa Azrinaz.

Sumber mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*