Gara-gara Baju Krismas, Chef Wan Buat Laporan Polis

Gara-gara memuatnaik kenyataan yang salah oleh sebuah portal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, membuat laporan polis terhadap portal itu selepas didakwa memutarbelitkan kenyataannya di media sosial, baru-baru ini. [Hangat.com]

Laporan Polis Demi Keadilan

Menerusi perkongsiannya di Instagram (IG), Chef Wan berkongsi beberapa keping gambar bersama laporan yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail. [Hangat.com]

“Just made my police report with regard to the article which falsely quoted me and compromised my reputation in their article written in the Malaysia – Chronicle . Its in the hands of the Law now Let justice prevail !”

Chef Anggap Perbuatan Tak Bertanggungjawab

Hangat.com difahamkan portal berkenaan telah menulis sebuah artikel berkaitan Chef Wan memuat naik gambar baju tertera tulisan ‘All I want for Christmas is a new Prime Minister’ di akaun IGnya sambil menyifatkan ia sebagai sesuatu yang melucukan. [Hangat.com]

Akan tetapi portal tersebut telah menyalah anggap gambar tersebut dan telah menulis sebaliknya. [Hangat.com] Pujian harus diberi kepada Chef Wan kerana dia antara selebriti yang akan bersuara menegakkan keadilan dirinya berbanding sesetengah selebriti yang hanya mengambil ringan perkara sedemikian rupa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*