Ini Luahan Rasa Intan Liyana Selepas Bakal Di Ceraikan Suami, Buat Netizan Makin SIMPATI!

 

 

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini isteri kepada Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, Intan Liyana mengakui yang tidak tahu apa salahnya sehingga suaminya itu sanggup memfailkan permohonan cerai.

“Sehingga ke hari ini, saya masih sayangkan Ude. Bersedia atau tidak, saya terima dan reda lafaz cerai yang akan dibuat suami,” katanya menangis.

 

Mengakui Ude seorang suami dan bapa yang baik serta penyayang, hubungan suami isteri menjadi renggang sejak November lalu. Ude pula mengakui sudah mengahwini pelakon Izreen Azminda pada Ogos tahun lalu.

Intan Liyana dan Izreen Azminda hanya sempat menjalani hidup bermadu selama enam bulan.

“Kami sudah tidak sebumbung sejak November lepas dan saya masih menetap di rumah yang disediakan Ude bersama anak-anak,” katanya lagi. (rtky/m)

Air Mata Intan Tumpah Bakal Diceraikan Ude, Memang Sebak! Ini Punca Utama Penceraian Mereka

 

 

AMPANG: Selepas enam bulan hidup bermadu dengan pelakon Izreen Azminda, keadaan rumah tangga Intan Liana Saleh dan suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude sukar diselamatkan lagi.

Kedua-dua pasangan itu hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu bagi urusan lafaz cerai selepas Ude, 30, memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan yang dibuat pada 30 November 2017.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam mewakili Ude iaitu Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain yang memohon penangguhan lafaz cerai itu bagi tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas penceraian.

Hakim Syarie, Shaiful Aziz Jamaludin menetapkan 22 Mac depan bagi sebutan semula kes berkenaan.

Sebak juga melihat tangisan Intan ini. Sabarlah ya!

Ini Punca Utama Penceraian Mereka:

Menurut Mohd. Zaidi, antara alasan penceraian adalah tiada persefahaman antara Ude dan isteri pertamanya itu.

Intan, 33, hadir ditemani ahli keluarganya dengan berjubah dan tudung hitam kira-kira pukul 2.10 petang manakala Ude pula tiba pada pukul 2.30 petang.

Intan kelihatan menitiskan air mata.

Pemuzik bebas itu memfailkan permohonan melalui peguamnya mengikut seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

mStar Online pada 30 November tahun lalu melaporkan Intan sanggup menerima Izreen sebagai madunya.

Wanita itu mendakwa dia mengetahui suaminya telah berkahwin dengan Izreen dan reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami.

Kelihatan Ude bersama peguamnya Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain hadir ke mahkamah.

Menurut Izreen pula, dia merahsiakan pernikahannya dengan Ude yang berlangsung pada 8 Ogos tahun 2017 atas permintaan Ude.

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan bercerai 2014.

Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinan itu.

Manakala, Ude dan Intan pula telah berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata masing-masing berusia tiga tahun dan setahun.

sebelum ini izreen hanya mengaku untuk menumpaang kasih. Tapi apa yang terjadi sekarang adalah sebaliknya…

Izreen Azminda: Bukan Rampas, Hanya Tumpang Kasih

 

 

Kontroversi tentang status perkahwinan pelakon popular Izreen Azminda menarik perhatian ramai sejak beberapa hari ini selepas isteri pertama kepada lelaki pilihan beliau mendedahkan hal sebenar.

Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Izreen Azminda mengakui akur dengan cemuhan orang ramai yang melabel dirinya sebagai perampas dan meruntuhkan kebahagian rumahtangga orang lain.

 

“Saya sekadar menumpang kasih dan tidak pernah sesekali berhasrat merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama.

“Saya tidak sekejam itu, malah tidak akan membenarkan suami meninggalkan isteri pertama semata-mata untuk bersama saya.

“Saya kecewa dengan cemuhan yang dilemparkan netizen. Mereka menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar. Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar kedudukan diri,” katanya.

Izreen Azminda dan Ude yang juga pemuzik bebas melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos lalu di Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

“Saya faham perasaan seorang isteri apabila mengetahui suaminya berkahwin lain. Saya harap suami akan mempertahankan perkahwinan pertamanya kerana saya tidak mahu berlaku perkara tidak diingini berlaku susulan pernikahan kami”

“Alhamdulillah, saya lega apabila mengetahui Intan Liana sudi menerima saya sebagai madunya,” tambahnya lagi. (rtky/m)