“Ketika Dia Menampar Ridzuan, Saya Ternampak Sepucuk ‘PISTOL’ Di Pinggang Dia”

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Pengarah drama, Shuhaimi Lua Abdullah mendedahkan bahawa pelakon, Datuk Farid Kamil tidak hanya menampar pelakon senior, Ridzuan Hashim di set penggambaran drama arahannya, sebaliknya, turut membawa sepucuk pistol di lokasi penggambaran drama Uniknya Cinta.

Menurut Shuhaimi, dalam suasana kelam kabut akibat tindakan di luar jangkaan Farid menampar Ridzuan itu, dia ternampak sepucuk pistol di pinggang pelakon itu.

BAWA PISTOL KE LOKASI? KE PISTOL DARI PROP PENGAMBARAN?

“Saya melihat dia membawa pistol yang berada di pinggang­nya, tapi tidak tahu keaslian pistol itu. Memang keadaan dia (Fa­rid) tidak terurus, malah dia tidak memakai selipar,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi.

Shuhaimi berkata demikian ketika diminta mengesahkan laporan mengenai pelakon Ridzuan yang mendakwa Farid telah menamparnya di set penggambaran sehari sebelum kejadian pelakon Lagenda Budak Setan itu melakukan tindakan yang sama ke atas seorang anggota polis trafik.

Dedah Shuhaimi, Farid turut menengking seorang jurukamera tanpa sebarang sebab.

“Tiba-tiba dia menengking jurukamera saya sambil bertanya: “Kau belajar dengan siapa?” beberapa kali dengan suara yang sangat kuat sehingga kami terkejut,” ujar Shuhaimi.

Menyambung kisah yang berla­ku tempoh hari, Shuhaimi berkata, sele­pas jurukamera berkenaan menja­wab pertanyaan, Farid berlalu pergi sebelum memberita­hu yang dia hanya bergurau.

Sebetulnya kata Shuhaimi, Farid tidak terlibat dengan drama arahannya tempoh hari.

“Dia bukan pelakon dalam drama saya, tapi mungkin dia datang kerana lokasi penggambaran itu milik Sofi Jikan iaitu sahabatnya.

PENGAMBARAN DIHENTIKAN

“Selepas kejadian menampar Ridzuan, kami terpaksa berhentikan penggambaran seketika,” katanya lagi.

Shuhaimi tidak menafikan bahawa tamparan Farid ke atas Ridzuan, 53, sangat kuat sehingga menyebabkan wajah pelakon senior itu berubah menjadi merah.

Sementara itu, usaha Mingguan Malaysia untuk mendapatkan reaksi Ridzuan tidak berhasil kerana pelakon berkenaan tidak menjawab panggilan dan tidak membalas teks yang dikirim.

SUMBER : Utusan Online

Sofi Jikan Mendedahkan 1 Rahsia Tentang Farid Kamil Yang Ramai Tidak Tahu

Dalam kenyataan terbaru berhubung kes penangkapan Farid Kamil baru baru ini, rakan beliau Sofi Jikan tampil mempertahankan tindakan pelakon itu dalam memperjuangkan hak anak seni di Malaysia.

Farid Kamil khabarnya sensitif dengan nasib anak seni yang semakin tidak mampu cari makan dalam keadaan sekarang selain berazam mahu memperjuangkan nasib mereka selepas berita 300 orang artis diburu ah long didedahkan baru baru ini.

AKHIRNYA TERBONGKAR !

“Siapa yang tidak kenal siapa Farid Kamil — dia ada darah Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau keturunan yang hebat, sebab itu dalam diri beliau ada jiwa seorang pemimpin”

“Dalam keadaan agresif dan tertekan, beliau bercakap tentang soal hak dan masalah sosial sehingga ke permasalan anak seni di Malaysia,” ujar Sofi Jikan yang ditemui media.

Kemudian beliau mula membangkitkan isu hak anak seni yang semakin dipinggirkan dan tidak mampu menyara keluarga dalam keadaan ekonomi dan suasana politik dunia hiburan sekarang.

Kami tidak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan Sofi Jikan ini namun tanpa provokasi pihak ketiga, tindakan Farid Kamil yang mengambil jalan agresif terhadap pihak berkuasa masih tidak boleh dipandang ringan.

VIDEO SOFI JIKAN KOMEN TENTANG FARID KAMIL

Sumber: Roti Kaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*