“Lambat 30 Minit Untuk Makan Malam Pun, Fasha Dah Marah,” – Elisya Sandha Akui Fasha Memang Jenis Disiplin,Punctual

“Lambat 30 Minit Untuk Makan Malam Pun, Fasha Dah Marah,” – Elisya Sandha Akui Fasha Memang Jenis Disiplin,Punctual

Tidak mahu merosakkan reputasi kakaknya, Fasha Sandha sebagai orang aktres yang cukup sinonim dengan tahap disiplin dan ketepatan masanya setiap kali di set penggambaran membuatkan Elisya Sandha cukup berhati-hati dalam pelbagai perkara, khasnya apabila melibatkan isu masa dan komitmen kerjaya.

Akui bintang muda berusia 19 tahun ini, sebagai pendatang baru sudah tentunya dia cuba memberikan yang terbaik dalam seni. Bukan sahaja terhadap kualitinya dalam lakonan, tetapi juga aspek lain.

“Jujurnya saya sering ikut kakak di lokasi ketika masih kecil. Sebab itu jugalah saya minat untuk cuba nasib jadi pelakon. Sepanjang pengalaman dan perhatian saya, apa yang dipelajari darinya ialah menepati masa dan disiplin setiap kali berada di set penggambaran. Itu yang saya tahu mengenainya sejak dulu. Apa benda yanf dibuat, esoknya mesti sampai on time. 

 

“Malah saya lambat 30 minit untuk makan malam pun, Fasha dah marah. Suatu hari kami ada makan-makan dengan keluarga dan saya sampai lambat kerana ada hal yang perlu dibereskan. Sampai saja, Fasha cakap sepatutnya datang jam 8.00 malam, kenapa sampai 8.30? Jadi daripada situ saya cuba belajar untuk punctual. Saya pun masih baru dan tentunya saya pun kena jaga nama baiknya juga,” katanya kepada MH selepas ditemui di ujibakat DFKL2018 di Sunway Putra Mall, pada Ahad.
Turut sama memeriahkan sesi uji bakat berkenaan ialah Ayda Jebat, Ashraf Muslim, Izzue Islam, Bell Ngasri dan ramai lagi.

Berkongsi mengenai perkembangan terkininya pula, aktres itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama 26 episod, Mimpi Yang Sempurna di samping Tiz Zaqyah untuk siaran RTM.


“Pada masa sama, saya juga baru sahaja selepas menjalani shooting untuk tele-movie, Sembilu Dosa bersama Zarina Zainuddin. Saya berlakon sebagai anaknya dalam pelbagai insden timbul di antara kami sehingga mencetuskan konflik. InsyaAllah ia akan ditayangkan pada Hari Ibu nanti,” jelas Elisya yang turut berharap agar kerjayanya kian bersinar, sekali gus memungkinkan dirinya untuk muncul dalam setiap stesen TV di negara ini.
Foto: Instagram Elisya Sandha 

 

 

 

  • 'Sumpah Dia Ni Annoying!' Netizen kecam Sikap Instafamous Di Motif Viral ‘Sumpah Dia Ni Annoying!’ Netizen kecam Sikap Instafamous Di Motif … 2,600 views
  • Buat Kejutan, Mark Adam Kongsi Rezeki RM60,000 Buat Empat Finalis Bintang Bersama Bintang 2018! Buat Kejutan, Mark Adam Kongsi Rezeki RM60,000 Buat Empat Finalis … 2,600 views
  • 'Semoga Allah Pelihara Hati Kita Dari Menjadi Mereka Yang Gembira Di Atas Kesedihan Orang Lain' - Farah Lee ‘Semoga Allah Pelihara Hati Kita Dari Menjadi Mereka Yang Gembira … 1,500 views
  • Kontrak Izreen Azminda Sebagai Duta Ditamatkan & Tidak Akan Disambung Kontrak Izreen Azminda Sebagai Duta Ditamatkan & Tidak Akan Disambung 1,300 views
  • 'Viralkan I Pula Please'- Atilia Tayang Tatu ‘Viralkan I Pula Please’- Atilia Tayang Tatu 800 views
  • [Gambar] Selain Ameera Khan, Athisha Khan Adik Neelofa Turut Diberi Perhatian... [Gambar] Selain Ameera Khan, Athisha Khan Adik Neelofa Turut Diberi … 800 views
  • 'Sweetnya, Banyak Kali Ulang Tengok Video Ni' - Peminat Terhibur Tengok Zamarul Hisham Sakat Isteri ‘Sweetnya, Banyak Kali Ulang Tengok Video Ni’ – Peminat Terhibur … 400 views