“Nak Habiskan Masa Dengan Suami Dulu..” – Mawar Rashid Belum Sedia Timang Anak..

Kini sudah enam bulan pelakon Mawar Rashid bergelar isteri kepada adik Fazley Yaacob iaitu Raf Yaacob.

Pasangan itu berkahwin pada 9 November tahun lepas selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

Sudah tentu apabila berkahwin, orang ramai akan bertanya tentang anak.

Pelakon ini tampil menjawab persoalan itu dan memberitahu  bahawa dia masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata buat masa ini.

Ini kerana mawar Rashid ingin memberi tumpuan kepada suaminya, Raf Yaakob terlebih dahulu.

Masih dalam fasa honey moon, Mawar,  berkata, usia perkahwinan mereka masih lagi baru dan buat masa ini dia ingin menghabiskan lebih waktu untuk bermanja dengan suami selain memberi tumpuan kepada dua anak tirinya.

Ini penjelasan Mawar;

“Tanggungjawab sebagai seorang ibu itu sangat besar dan luas jadi saya dan suami merancang untuk tidak menambah bilangan ahli keluarga buat masa ini.

“Tambahan pula kami baru berkahwin jadi saya nak habiskan masa dengan suami terlebih dahulu.

“Namun kalau Allah berikan rezeki untuk memiliki cahaya mata lebih awal daripada apa yang kami rancang sudah tentu saya gembira dan bersyukur”

Dalam pada itu, Mawar berkata, dia dan suami masih belum berkesempatan berbulan madu walaupun beberapa kali ke luar negara selepas berkahwin.

Jelasnya, mereka ke luar negara sebenarnya atas urusan kerja namun tetap mengambil kesempatan untuk menghabiskan masa bersama sekiranya mempunyai waktu terluang.

Ini komen Mawar lagi;

“Jujurnya kami belum sempat lagi berbulan madu kalau ke luar negara pun kerana ikut suami atas urusan kerja.

“Tetapi kami ambil peluang juga bersiar-siar dan menghabiskan masa bersama dan itu pun sebenarnya sudah memadai buat saya”

Sementara itu, Mawar berkata, dia beruntung mendapat seorang suami seperti Raf Yaacob yang disifatkan sebagai seorang yang penyayang dan sentiasa mengambil berat tentangnya dan keluarga.

“Keluarga adalah yang pertama baginya dan itu satu antara banyak perkara saya belajar tentangnya sejak berkahwin.

“Jika dia tidak sibuk dia sentiasa akan membantu menguruskan kerjaya saya termasuk menemani saya ke acara-acara hiburan atau pun lokasi penggambaran.

Tentang perkembangan kerjaya nya pula, Mawar memberitahu dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem Pok Ya Siti Di Hati untuk siaran pada Aidifitri nanti.

Mawar amat teruja dengan drama berkenaan kerana dia dapat bertutur dalam dialek Kelantan yang juga negeri kelahirannya.

Selain itu, Mawar juga bakal menjalani penggambaran drama bersiri Pencuri Cinta Kelas Satu bergandingan dengan rakan baiknya, Emma Maembong.

Sumber: mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*