Peminat terkejut usia sudah mencecah 50 tahun, ini sekitar majlis sambutan hari jadi Ziana Zain

Pasti ramai yang tidak menyangka bahawa usianya kini sudah mencecah 50 tahun dek kerana wajahnya yang awet muda dan memiliki badan yang slim dan menawan. Ziana Zaian atau nama sebenarnya Siti Roziana binti Zain telah menyambut hari jadinya yang ke-50 tahun pada 2 Mei lepas.

Bertemakan hitam putih, majlis yang disambut secara sederhana bersama rakan-rakan rapat telah mengabadikan hari terindah kepada penyanyi itu. Popular dengan lagu Putus Terpaksa, Ziana bersyukur kerana peminat masih menerima dirinya sebagai seorang anak seni meskipun banyak kontroversi yang melanda dirinya yang telah menceburi dunia hiburan sejak berusia 29 tahun lagi.

Berikut adalah gambar Ziana yang disambut secara sederhana tetapi memberikan seribu satu kenangan.

Happy birthday, Ziana Zain.

Tidak dinafikan bahawa Ziana memiliki tubuh badan yang langsing dan cantik. Beliau mula berhijab pada pertengahan tahun 2014 dan perkembangan kariernya semakin berkembang dan diterima baik oleh masyarakat.

Rata-rata peminat telah memuji kecantikan Ziana meskipun usianya sudah mencecah 50 tahun dan telah mengucapkan selamat hari jadi kepada penyanyi itu.

Umur 50 tahun tapi masih cantik.

“Semoga sis cemerlang di masa hadapan…”

Content retrieved from: http://www.ohmymedia.cc/spotlight/selebriti/peminat-terkejut-usia-sudah-mencecah-50-tahun-ini-sekitar-majlis-sambutan-ziana-zain-47416/.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*