(VIDEO) Neelofa Sambut Birthday Dengan Tengku Amir? Doakan Yang Baik-Baik

Selepas sahaja berakhirnya drama ‘Suri Hati Mr Pilot’, rata-rata peminat mengimpikan pasangan hero dan heroin mereka benar-benar menjalinkan hubungan cinta diluar drama.

 

Walau bagaimanapun, apa yang diimpikan oleh mereka itu terpaksa dilupakan apabila kedua-duanya telah mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Effie Amron telah memuat naik gambar Neelofa sedang menghadiri sebuah majlis amal dan duduk disebelah Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor.

Sebelum ini Neelofa telah diasak dengan pelbagai soalan yang berkaitan dengan hubungannya bersama seorang kerabat diraja dan itu telah membuatkan beliau tampil mengakui sedang mengenali hati budi kerabat diraja itu.

Sebuah portal akhbar juga pernah melaporkan ada sesetengah netizen yang ternampak kerabat diraja itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika Neelofa ingin menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya baru-baru ini.

 

Terbaru dikatakan sambut hari jadi bersama

 

Hmm selagi belum ada apa-apa pengesahan dari mulut kedua belah pihak, kita hanya mampu mendoakan kebahagian mereka. Kalau betul mereka sedang dilamun cinta, apa salahnya? Masing-masing masih solo.

VIDEO: 

 

Video Dinner :

 

Video di N97 Steakhouse Milik Suami Nora Danish:

 

Sumber : Youtube