6 Sebab Orang Bahagia Tidak Akan Tayang Kebahagiaan Di Media Sosial

Jika pada zaman dahulu, walaupun tidak menayang apa yang dimiliki, hidup tetap kekal bahagia dengan pasangan. Kehidupan pada hari ini sudah menjadi luar biasa berbanding dahulu. Apa sebabnya? Kenapa perlu menayangkan segala-galanya di laman media sosial?

Agaknya apa tujuannya? Hanya anda yang tahu. Tetapi, jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda dan pasangan sedang hidup bahagia, – itu adalah satu kesilapan kerana pasangan yang hidup bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial.

1. Cukup hanya pasangan yang rasa

Ilustrasi – Unsplash/hudsonhintze

Apabila sedang menjamu selera, anda juga sibuk mengambil gambar. Pasangan terpaksa menunggu dan kadang-kadang berlakon hanya untuk dirakamkan dan dipaparkan kepada orang lain di media sosial. Adakah ini cara terbaik untuk anda dan pasangan menikmati rasa bahagia? Tanyakan hati anda.

Sekiranya ada, foto yang diambil itu sudah memadai untuk simpanan peribadi dan sekiranya untuk dikongsikan ke laman sosial media cukuplah sekadar bersifat umum, dan tidak menunjukkan keintiman.

2. Kebahagiaan adalah perihal peribadi

Bukanaku Penjagaan Kaki
sumber: Pointer Lock

Pasangan yang benar-benar bahagia dalam hubungan tidak berminat untuk menunjukkan atau membuktikan mereka gembira dengan orang lain. Menurut mereka, rasa kebahagiaan adalah peribadi. Oleh itu, tidak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.

3. Risau dikategorikan riak

Bukanaku Standard Kecantikan
sumber: aminoapps.com

Kebahagiaan sejati akan membuat seseorang lebih rasa rendah diri dan menikmati maknanya. Mereka amat memahami bahawa setiap pasangan bahagia dengan cara tersendiri. Apa yang membuatkan kita rasa bahagia, tidak semestinya bahagia buat orang lain , buat apa untuk dicanang ke laman media sosial?

4. Membahayakan keluarga

Bukanaku Tidak Berkahwin

Bawa anak ke mana-mana, check-in location. Tiada suami di rumah, beritahu pada orang ramai. Adakah anda tahu ini boleh memudaratkan diri anda dengan jenayah? Cuba fikirkan sebelum melakukannya.

5. Tidak perlu rasa bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki

Setiap orang mempunyai masalah yang berbeza dan ujian hidup. Kita mungkin bahagia, tetapi pasangan lain mungkin bersedih, jadi kita tidak perlu berbangga dengan kebahagiaan yang dirasakan. Tidak berguna untuk membandingkan kehidupan kita dengan orang lain atau merasakan hidup kita lebih baik daripada mereka.

6. Bahagia untuk dinikmati bukan dipamerkan