Azmin Ali pernah jadi pelakon? Klip video ini pasti buatkan anda terkejut..

Tak sangka Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pernah muncul dalam sebuah muzik video lagu raya, Salam Aidilfitri nyanyian Jamal Abdillah

Di dalam muzik video yang dirakamkan pada tahun 80-an itu, turut kelihatan ahli keluarga Azmin Ali termasuk ibunya Arwahyarhamah Hajjah Che Tom Yahaya serta adik perempuannya Ummi Hafilda Ali.

Menerusi komen di YouTube, ada netizen berkata kemungkinan ketika video itu dirakam, adik kepada Azmin iaitu Azwan Ali membawa Jamal ke pengambaran program raya di rumahnya.

Azmin Ali kelihatan segak dan muda berpakaian baju Melayu berwarna merah. Kalau anda tonton muzik video tersebut, Azmin kelihatan sangat bersahaja melayan tetamu yang datang ke rumahnya.

Siapa sangka beliau merupakan Menteri Besar Selangor pada penggal lalu dan kini memegang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi negara.

sumber

Sultan Selangor perkenan hasrat Azmin pegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi

sumber foto : malaysiakini

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk memegang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi sekali gus memainkan peranan penting di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda telah menerima penjelasan daripada Mohamed Azmin mengenai persetujuannya menerima jawatan berkenaan.

Menurutnya, penjelasan itu dibuat setelah Mohamed Azmin mendapat pengesahan daripada Perdana Menteri termasuklah mengenai skop kerja dan bidang kuasa kementerian yang baharu.

“Mohamed Azmin akan kekal memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor buat sementara waktu sehingga tempoh peralihan kuasa kepada Menteri Besar Selangor yang baharu dapat dijalankan dengan lancar dan teratur,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Mohamad Munir berkata, Mohamed Azmin perlu mengemukakan senarai calon-calon untuk dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu untuk penelitian serta perkenan Sultan Selangor.

Menurutnya, Mohamed Azmin akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor sebaik sahaja Sultan Selangor berkenan mengadakan pelantikan baharu jawatan itu.

“Proses yang dilaksanakan ini adalah selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya. – K! ONLINE

sumber kosmo