Kenyataan SPRM Samada Najib Razak Akan Ditangkap Hari Ini Atau Tidak Dan Adakah Putera Arab Itu Dapat Buktikan Derma 2.6Bilion

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengesahkan Datuk Seri Najib Razak hanya dipanggil hari ini untuk melengkapkan siasatan bukan untuk ditangkap.

Najib Razak tiba di ibu pejabat SPRM

Menurutnya, bekas Perdana Menteri itu hanya dipanggil untuk melengkapkan proses siasatan kes SRC International.

“Kami ada menerima bukti baru. Jadi beliau (Najib) dipanggil untuk direkodkan keterangan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Ditanya sama ada ada individu lain dipanggil untuk memberi keterangan kes sama, Mohd Shukri berkata, untuk hari ini, hanya Najib dipanggil memberi keterangan.

“Kami kini sedang mengesan seorang atau dua lagi untuk memberi keterangan berhubung kes sama.

“Selepas keterangan mereka diambil baru kami putuskan tindakan selanjutnya,” katanya.

Ditanya sama ada Najib turut dikaitkan dengan kes derma RM2.6 bilion, Mohd Shukri berkata, kes siasatan berkenaan dikendalikan oleh Pasukan Khas Siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menurutnya, buat masa ini, SPRM hanya menyiasat kes SRC International sahaja.

Sementara itu BERNAMA melaporkan, proses mengambil keterangan Najib dipercayai masih berlangsung selepas satu jam beliau tampil.

Seorang pegawai SPRM mengesahkan Ahli Parlimen Pekan itu masih berada dalam bangunan berkenaan dan belum selesai memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Pagi tadi, Najib yang tiba di perkarangan bangunan SPRM diserbu pengamal media tempatan dan antarabangsa yang telah menunggu seawal pukul 8 pagi tadi bagi membuat liputan kes yang melibatkan bekas perdana menteri itu.

Pada Jumaat lepas, SPRM telah menyerahkan notis meminta Najib hadir untuk memberi keterangan selepas suruhanjaya berkenaan membuka semula siasatan kes aliran wang dari SRC International iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada 26 Januari 2016, media melaporkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

SUMBER : HMETRO ONLINE

1MDB: Hasil siasatan SPRM hampir sama dengan DOJ

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penemuan hasil siasatan pihaknya berhubung skandal 1Malaysia Develompent Berhad (1MDB) setakat ini mempunyai persamaan dengan penemuan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, berkata jika wujud perbezaan dalam hasil siasatan antara DOJ dan pihaknya, ia mungkin membabitkan perbezaan kecil.

“Penemuan DOJ dan SPRM dalam kes 1MDB hampir sama. Kalau ada pun lebih kurang sahaja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Mohd Shukri turut berkata, SPRM kini sedang berusaha untuk menyerahkan bantuan guaman bersama (MLA) dalam siasatan 1MDB kepada negara luar termasuk Switzerland dan negara lain.

Katanya, ia berikutan bukti yang dikumpul SPRM setakat ini adalah bukti domestik dan usaha perlu dilakukan segera untuk mendapatkan keterangan dari luar negara yang memerlukan MLA menerusi Pejabat Peguam Negara.

“Kami akan melakukan yang sebaik mungkin. Kami tiada masalah dengan Switzerland.

“Mungkin sukar untuk berurusan dengan negara Arab seperti Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Tapi kami akan kerja keras,” katanya.

SUMBER : BHARIAN ONLINE

SPRM: Putera Arab tak dapat buktikan ‘derma’ RM2.6 bilion

Puteri diraja Arab Saudi yang dikatakan “menderma” RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menunjukkan dokumen sokongan bagi membuktikan perkara itu.

Perkara itu didedahkan oleh ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru Datuk Seri Shukri Abdull dalam sidang media di Putrajaya tadi.

Youtube Kredit: KiniTV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*