“Bahagia seorang suami bila isteri cantik dan masak… Fasha you are the best!”

Pasangan popular, Fasha Sandha dan Aidil Aziz antara selebriti yang jarang sekali terpalit dengan kontr0versi melibatkan rumah tangga mereka. Malah, ramai peminat dan netizen tumpang gembira melihat kebahagian pasangan selebriti ini.

Umum diketahui, Fasha Sandha dan Aidil Aziz selamat menikah pada 30 Mac tahun lalu dan pelakon jelita ini sah menjadi isteri dengan sekali lafaz buat Aidil Aziz yang juga merupakan seorang pelakon.

Lebih membuatkan rumah tangga pasangan ini semakin ceria apabila mereka bakal menimang cahaya mata sulung dimana dilaporkan juga bahawa Fasha Sandha kini hamil anak perempuan.


Terbaru pula, Fasha Sandha menerusi Instagram ada berkongsikan moment bahagianya bersama suami dan keluarga apabila mereka bersama-sama menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

Meskipun kini semua dalam tempoh kuarantin, namun Fasha Sandha menyambutnya di rumah bersama yang tersayang dan walaupun simple namun bagi Fasha Sandha juga moment berkenaan amat bermakna.

Fasha sambut birthday bersama suami dan keluarga

Fasha Sandha bukan saja berkongsi perasaan bahagianya sekarang malah pelakon ini juga meluahkan rasa syukurnya. Dalam pada masa yang sama, tahun ini juga dikatakan menjadi tahun yang memberikan pengajaran dan pengalaman berbeza kepadanya.

 

View this post on Instagram

 

Is money really everything? Seems like it is but in reality a big ‘No’. Money can buy all the things you need to be happy but it cannot buy LOVE AND HEALTH .look at all of Us now, in the end, ada duit atau tiada, kaya raya mahupun sederhana, kita semua tetap sama.Duduk rumah dan semua kena Patuh, tiada yang membezakan kita …kita semua sama … Allah menurunkan Dugaan untuk kita sedar dan ambil pengajaran daripada dugaan itu.❤️ Tahun ini memberi pengajaran dan pengalaman yang paling berbeza selama hidup didunia ini. #stayathome #dudukrumah is not bad at all. Suami beberapa kali cakap, kesian U sayang, kesian u sayang, i cakap tak apa sayang, birthday ni lagi best, kita semua close to each other, dapat berjemaah everyday without fail. Dapat puasa ganti puasa sunat sama2, dapat memanfaatkan masa bersama. This is the best feeling ❤️ Syukur Alhamdulillah, Thank you Allah for another year. Terima kasih pada yang mengirim kan doa, mengirimkan hadiah, mengirimkan ucapan melalui whatsapp, Insta , DM dan tak lupa pada birthday saya hari ni, ucapan dan doa kalian dah cukup membuatkan ku happy. Maaf lah tak dapat lagi nak reply one by one earlier, jadi ucap thank you kat sini dulu. Will reply soon 😘 Thanks Suami, mama and family for organising makan2 kat rumah semalam. Masak sama2 and makan. Sederhana, tapi sangat indah, sangat bahagia. Walaupun tak cukup lengkap tanpa adik beradik lain, anak buah kesayangan dan keluarga mertua dan rakan2 karib, tak apa, tetap bersyukur. Faham situasi sekarang ni semua kena duduk rumah. Insyaallah semua ni akan berakhir , ada hikmahnya. Syukur Alhamdulillah Terima kasih semua ❤️ I am an Aries #fashasandhaturns36 (dah tua 🤗)

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Menerusi ruangan komen beberapa posting Fasha Sandha sempena ulang tahun kelahirannya yang disambut meriah di rumah, rata-rata netizen turut mendoakan dirinya selain memuji pelakon ini.

“Happy birthday…”

“So sweet. Semoga berkekalan…”

“Fasha you are the best!”

Sumber: Instagram Fasha Sandha

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Kecoh Habis

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*