Cinta jarak jauh, lelaki ini dapat ‘kejutan’ selepas 2 bulan menabung nak belikan awek iPhone – “Kerajaan suruh duduk rumah diam-diam, dia diam-diam cari laki lain”

SUDAH berbelanja RM2,000 untuk memberi kejutan buat teman wanitanya, namun apakan daya hubungan cinta terpvtus di tengah jalan.

Lebih p3rit, kisah m4lang melibatkan percintaan jarak jauh itu berlaku pada hari kedua Per1ntah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini.

Bercerita kepada mStar, Muhammad Erfan Shauki, 18, mengakui sed1h apabila diperlakukan sedemikian rupa setelah bercinta dengan gadis itu hampir lima bulan.

“Kami bercinta jarak jauh. Nak jumpa kena ambil masa yang sesuai, masing-masing masa tak menentu.

“Saya belajar di Langkawi, saya terfikir bila nak balik ke Kuala Lumpur, nak beli sesuatu untuk dia. Tapi itulah, tak jangka ia berlaku.

“Baru dua hari kuarantin (PKP), dia buat keputusan untuk tak nak ada komitmen. Dia kata saya k0ngkong dia bila dia nak kawan dengan lelaki lain.

Posting di Twitter Erfan.

“Saya suruh dia bagi bukti, ada ke saya kongk0ng? Tapi dia tak dapat nak bagitahu,” katanya yang mesra disapa Erfan.

Jelasnya lagi, tanpa sebarang penjelasan lanjut, gadis itu memvtuskan hubungan mereka begitu sahaja.

Tambah per1t kata Erfan tentunya hadiah kejutan berupa iPhone XS bernilai RM2,000 yang sudah dibelinya untuk gadis itu.

Pada saya, apabila kita berada dalam sesuatu hubungan… kadang-kadang kita bvta, siapa diri kita sebenarnya.

MUHAMMAD ERFAN SHAUKI

PELAJAR

Namun katanya, dia sudah menghadiahkan telefon pintar berkenaan kepada abangnya setelah hubungan dengan gadis itu tidak kesampaian.

“Telefon ni saya dah beli masa awal bulan Februari. Saya pun dah bagi kat abang.

“Dulu dia pernah cakap pada saya agar jangan letak harapan sebab tak tahu apa akan jadi. Saya faham benda tu.

“Tapi lama-lama dia yang beri harapan. Bila dia putvskan hubungan, saya rasa macam hancvr hati ni.

“Kerajaan suruh duduk rumah diam-diam, dia pula diam-diam cari lelaki lain,” kata Irfan lagi.

Erfan mengakui banyak menerima sokongan di Twitter.

Erfan turut berkongsi kisah itu di laman Twitter sehingga menerima 5,400 ulang kicau (Retweet).

Malah, dia turut dihujani pelbagai komen termasuklah yang memperl3kehkan dirinya.

“Ramai yang komen positif, bagi nasihat. Ada juga yang mesej tanya harga telefon tu. Ramai bagi sokongan.

“Tapi ada juga yang mar4h. Cakap saya ni budak-budak lagi, apa yang saya expect bila bagi hadiah tu?

“Pada saya, apabila kita berada dalam sesuatu hubungan… kadang-kadang buta siapa diri kita sebenarnya,” jelas remaja yang menetap di Cheras, Selangor itu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Kecoh Habis

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*